SEBUAH syarikat perdagangan rempah ratus, Nomanbhoy & Sons Pte Ltd, telah menyumbang $250,000 kepada Dana Amanah Pendidikan (ETF), yang terletak di bawah Yayasan Mendaki, demi menyokong pendidikan pelajar Melayu/Islam.
Sumbangan itu akan diagih dalam bentuk biasiswa sepanjang lima tahun, kata Mendaki dalam satu kenyataan semalam.